Vacancies

team

Jawatan Kosong

Kami sedang mencari individu yang sesuai dan dinamik untuk memegang jawatan berikut dalam organisasi kami:

1. Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD)

2. Pegawai Penilai (PP)

Tanggungjawab

  • Mengurus,memantau dan mengawalselia pelaksanaan latihan panduan permohonan personel Pusat Bertauliah.
  • PP perlu berupaya untuk merancang dan mengajar mengikut WIM bagi jadual perjalanan kursus CU.
  • Merangka prosedur dan dokumen bagi pelaksanaan latihan kemahiran di Pusat Bertauliah.
  • Mengawal serta memantau sistem jaminan mutu latihan dan penilaian dalaman mengikut kehendak NOSS terkini.
  • Memastikan penilaian dapat dijalankan secara seragam dan sempurna mengikut kehendak NOSS dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.

Kriteria

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Berkhidmat di satu Pusat Bertauliah SAHAJA.
  • Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB.
  • Lulus Sijil Vocational Training Officer (VTO) bagi PP.
  • Bidang yang diperlukan Perakaunan (FB-100-3&4), Penyelia Pengurusan Pejabat (FB-024-3), Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3) dan Pembangunan Laman Sesawang (IT-052-4).
  • SKM dalam Sub sektor yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengesahkan penilaian program bertauliah bagi program Tahap 1 dan Tahap 2.
  • SKM/DKM/DLKM dalam Sub sektor yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengesahkan penilaian program bertauliah bagi Tahap 3 ke atas.
  • Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam Sub sektor yang berkaitan untuk mengesahkan penilaian program bertauliah untuk Diploma Kemahiran Malaysia.